Friday, December 25, 2009

AKU JUTAWAN MUDA

Untuk menjadi seorang jutawan sebenarnya bukannya susah. Kita sebenarnya mestilah mestilah yakin dengan diri kita. Kita kena membayangkan 3 tahun lagi SIAPA KITA. Kita kena sematkan bayangan itu dala hati kita, dalam minda kita, dalam diri kita, dan juga mesti selalu membayangkan yang kita suatu hari nanti akan menjadi jutawan. Kita perlu memilih pelbagai cara yang terdapat dihadapan kita untuk menjadi diri kita yang akan datang. Kita mesti berani membayangkan diri kita yang bergelar jutawan tersebut. Kita mesti sentiasa mngukur kejayaan kita setiap hari berbanding hari semalam. Pastikan pencapaian semalam adalah lebih besar dari kelmarin. Dan Pencapaian hari ini lebih besar dari semalam. Pencapaian esok pula kita masih belum tahu. Esok kita hanya akan tahu esok. Tapi untuk mencapai pencapaian esok kita hendaklah mula merancang mulai hari ini. Apa yang kita mahu capai esok kita mulakan dengan membayangkannya hari ini. Buat setiap perkara dengan benda yang paling kecil dan mudah dulu. Kemudian kita tingkatkan kemampuan kita sedikit demi sedikit setiap hari, minggu, bulan, tahun dan kehidupan kita. Jangan tergopoh-gapah, buat langkah demi langkah setiap saat. Jangan gelojoh. Gelojoh itu kawan syaitan. Kita kena buat setiap perkara bertahap. Misal kata kita nak hafal QURAN. Kita mesti hafal satu ayat demi satu ayat dulu. Kita tidak dibenarkan hafal satu surah serentak dalam satu masa. Siapa yang mampu. Nabi pun diwahyukan QURAN dengan tenang dan sedikit demi sedikit. Bukannya 30 juzuk QURAN tu dalam satu malam. Tapi makan masa bertahun-tahun juga. Macam tu lah juga diri kita. Step by step. Langkah demi langkah. Satu persatu. Setapak demi setapak. A dulu baru B, bukan Z dulu baru B. Prinsip pertama untuk jadi jutawan bayangkan dulu bagaimana nak dapatkan SATU RINGGIT dalam sehari. Kemudian bayangkan pula nak dapatkan SEPULUH RINGGIT dalam sehari. Lepas tu bayangkan pula nak dapatkan SERATUS RINGGIT dalam sehari. Kemudian bayangkan pula nak dapatkan SERATUS RINGGIT dalam sejam. Lepas tu SERIBU RINGGIT DALAM SEJAM. Lepas tu 10 RIBU dalam sehari. Kemudian 10 RIBU dalam sejam. Kemudian 100 RIBU dalam setahun, and then 100 RIBU dalam sebulan, kemudian 100 ribu dalam sehari. Kalau berfikir macam ni, barulah kita akan menghargai masa kita seperti yang tertera dalam surah AL-ASRI. DEMI MASA, SESUNGGUHNYA MANUSIA ITU DI DALAM KERUGIAN, KECUALI.... dan seterusnnya. Kita ambil maksud DEMI MASA. Kita kaji demi masa kita cuba tingkatkan pengeluaran dan menambahkan penghasilan. Maksudnya cuba kita dalam satu jam tu kita dapat hasil yang banyak. Kita jangan buang masa sampai bertahun-tahun untuk dapatkan misal kata 100 ringgit. Macam saya dulu, saya pernah menjual vitagen. Dalam satu jam sahaja saya memperolehi RM100. Bayangkan 1 jam sahaja saya dapat 1 ratus ringgit. Bayangkan 20 jam mesti saya dapat RM2000. Ini cuma idea atau buah fikiran saya. Dan tiada kena mengena pun dengan ayat QURAN tersebut secara langsung Tapi saya nak galakkan kita berfikir. Mengapa sanggup bekerja dengan gaji RM1 ribu sebulan sedangkan kita boleh gandakan usaha dan pencapaian kita menjadi RM10 ribu sebulan. Kita nie sebagai manusia memang malas nak berfikir. Tapi cubalah berfikir. Gunakan otak yang tuhan anugerahkan untuk kita tu. Jangan bazirkan pemberian DIA yang sangat berharga ini. Hanya orang-orang yang menggunakan akal sahaja akan berjaya. Sesiapa yang tidak menggunakan akalnya samalah macam binatang. Hanya ikut nafsu semata-mata. Cubalah kita berubah, cuba tengok perkataan bahasa inggeris SUCCESS yang bermakna perubahan. Kalau kita berubah sedikit pun dah kira success atau berjaya. misal kata kita cuci pinggan kat dapur dalam masa 5 minit 1 pinggan. Esok dalam masa 5 minit kita cuci 2 pinggan. Esok lagi kita cuci 5 pinggan dalam masa 5 minit. Cuba kira berapa peningkatan kejayaan kita mencuci pinggan sehari. Cuma dalam masa 5 minit kadang-kadang kita boleh menghasilkan 20 pinggan yang siap dicuci oleh kita sendiri. Nampak tak peningkatan diri kita dari malas nak basuh pinggan kepada boleh mencuci sehingga 20 pinggan dalam 5 minit. Itu kira pencapaian atau success sebab sentiasa ada perubahan. Sebenarnya banyak lagi idea-idea yang saya nak bagi tahu anda semua tapi saya tak mahu bagi serentak tapi saya akan bagi dengan cara beransur-ansur, sedikit demi sedkit, tahap-demi tahap, one by one, one thing at a one time, seperti pasir yang melalui sebuah jam kaca. Tak boleh lah sekali serentak semua pasir melalui dalam ruang yang halus tu. Hanya sebutir pasir dalam satu masa. Sabar ya. Wassalam